Watak Seseorang Dari Cara Tidurnya
Tidur Tertiarap
Seseorang yang memiliki kebiasaan tidur tertiarap adalah orang yang mempunyai tabiat membuat masalah entah disengaja ataupun tidak, selalu ada sahaja masalah kerana sifatnya. Waktu remajanya sering bertukar-tukar pacar. Setelah berumah tangga sering bertekak dengan pasangannya, bahkan boleh mengakibatkan pertengkaran dengan tetangga.
Tidur Miring
Ada dua macam posisi didalam tidur miring . Yakni miring kekiri ataupun kekanan. Kerananya watak antara satu dengan lainnya juga berbeza. Sikap tidur miring mengisaratkan keberadaan seseorang pada dua tempat, atau keberadaan seseorang pada dua watak. Yaitu mempunyai watak yang sangat baik tetapi kadang-kadang pula berubah drastic menjadi seorang yang jahat apabila hatinya dikecewakan.
Orang yang mempunyai kebiasaan tidur miring kekiri adalah, apa-apa yang diperbuatkan sudah merupakan watak yang asli atau sudah pembawaan sejak lahir. Sedangkan orang yang kebiasaannya selalu tidur miring kekanan adalah mempunyai watak dimana semua watak yang ada pada dirinya itu terbentuk kerana pengaruh lingkungannya.
Tidur Terlentang
Dalam sikap tidur terlentang ada dua macam bentuknya, pada umumnya tidur terlentang adalah tubuh lurus dengan kepala menghadap keatas. Kedua macam tidur terlentang adalah, terlentang dengan tangan lepas terbuka dan terlentang dengan menutup tubuhnya dengan tangan.
Orang yang tidur terlentang dengan kebiasaan menutup tubuhnya dengan tangan, memiliki watak yang agak tertutup. Ia lebih memilih didalam memilih seorang teman. Agak kedekut atau tak mudah untuk mengeluarkan wang. Tenaga dan fikirannya kepada orang lain. Kerana kesemuanya itu harus dia fikirkan sendiri secara masak-masak.
Sedang orang yang tidur terlentang dengan sikap tangan terbuka, pada umumnya memiliki sifat hati yang selalu terbuka. Didalam pergaulan dia pandai menyesuaikan diri dan bebas dengan lingkungan manapun, senang memberikan pertolongan dan tidak malu mendapat pertolongan atau nasihat dari orang lain. Bagi dirinya, jika ada persoalan hendaknya dipecahkan bersama-sama.
Tidur Tanpa Bantal
Bila mendapat seseorang yang tidur tanpa bantal, ia merupakan perwatakan orang yang penuh percayakan diri bahkan terlalu yakin diri (OVER CONFIDENCE).
Tidur Menggunakan Bantal Lebih Dari Satu
Orang yang sikap tidurnya seperti ini. Biasanya ia merupakan orang yang kurang percaya diri. Ia selalu memerlukan pendamping mahupun bantuan dari orang lain.
Tidur Menggunakan Satu Bantal
Orang yang biasa tidur menggunakan satu batal, memiliki watak dan sifat yang normal ataupun biasa-biasa saja. Tidak terlalu menyusahkan. Bahkan ia biasa menerima keadaan yang bagaimanapun.
Tidur Memeluk Bantal
Orang yang biasa tidur memeluk bantal rapat-rapat dengan kedua tangannya. Biasanya mempunyai cita rasa yang tinggi pada lukisan, muzik mahupun sastera. Memiliki kepekaan yang tinggi, apa yang akan terjadi olehnya sudah dapat dirasakan terlebih dahulu bahkan kadang-kadang ia boleh dilihat dilewat mimpinya. Ia juga memiliki kepedulian yang tinggi terhadap norma-norma kesusilaan, biasanya tubuh orang yang mempunyai kebiasaan tidur mendekap bantal, cenderung kurus.
Meletakkan Bantal Di Bawak Kaki
Kebiasaannya orang yang tidur seperti ini, adalah orang memiliki sifat yang dan watak suka menempuh cara pintas untuk memperoleh sesuatu dan juga memiliki sifat egois. Suka meremehkan orang lain serta tidak pandai dalam pergaulan.