Warna kelahiran

Warna dan Kerja Yang Sesuai Dari Hari Kelahiran

          Setiap orang lahir dengan membawa tanda warna kelahiran inilah rahsianya. Tanda warna ini dapat diketahui melalui hasil aplikasi dari angka kelahiran, ilmu tentang warna (Colouroglogi, dan Teknik Numerologi), Clourologi adalah ilmu yang mempelajari tentang warna, Menurutnya setiap orang lahir dipengaruhi oleh tanda warna khusus yang menggambarkan jenis keperibadiannya, sedangkan ilmu numerology adalah teknik menghitung tanggal, bulan dan tahun.

Caranya adalah :
Tulis semuanya dalam bentuk angka 5 Mei 1962 maka tulislah 5+5+1+1+9+6+2=28. Angka 28 ini anda jumlahkan menjadi 2+8=10 kerana belum menjadi satu digit maka jumlahkan lagi angka 10 menjadi 1+0=1. Nah inilah angka kelahiran anda.
            
Angka
Kelahiran

Watak dan Sifat
Kerja Yang Sesuai Untuk Anda

1.Warna  
  Merah
Seorang yang bertenaga
Tetapi tidak sabar.
Anda selalu ingin melakukan hal-hal yang baru yang mencabar.

Anda sesuai menjadi seorang wartawan ataupun bekerja sendiri.


2.Warna
   Oren
Anda termasuk individu yang kreatif.
Tekun dalam melakukan pekerjaan.
Pandai mengatur kewangan.

Anda sesuai bekerja di perbankan di bidang kewangan.

3.Warna
  Kuning
Anda seorang yang banyak idea.
Seorang optimistik dan seorang yang kuat berangan,
Disebalik itu, anda selalu ceria dan riang gembira.

Anda sesuai menjadi sasterawan, usahawan, seniman ataupun artis.

4.Warna
   Hijau
Anda termasuk orang yang penuh rasa kasih sayang.
Seorang yang pandai berkomunikasi, sehingga sangat disukai oleh orang.

Anda sesuai bekerja dibidang pelayanan social.

5. Warna
    Biru
Anda seorang yang lembut dan sensitif.
Seorang yang menghargai erti persahabatan sejati.
Memiliki rasa tanggungjawab yang besar.

Anda sesuai menjadi seoran pemimpin yang baik.

6.Warna
   Indigo
Anda adalah seorang yang tenang.
Seorang yang pendiam dan memiliki pemahaman keagamaan yan besar.

Anda boleh menjadi seorang tokoh agama yang handal.

7.Warna
   Violet
  (Ungu)

Anda sebagai peribadi yang susah ditembak (Misteri)
Namun memiliki kreativiti yang tinggi.
Anda pandai menyimpan rahsia.

Anda boleh mendalami dunia spiritual.

8.Warna
   Merah
  Jambu

Anda mempunyai peribadi yang romantic dan energetik.
Seorang yang pandai menjaga sopan santun, serta peramah terhadap sesiapa saja.

Anda dapat mengambil posisi sebagai posisi guru, dalam bidang perkhidmatan pelanggan pemasaran ataupun dalam bidang kemanusiaan.


9.Warna
  Segala
  Warna
Anda memiliki semua kelebihan dan dari sifat-sifat warna diatas 1 – 8, namun sifat asasnya ialah,  memiliki jenaka yang tinggi dan memiliki tingkah laku yang baik.

Anda sesuai bekerja di semua bidang, pilih mana yang sesuai dengan kemampuan kesenangan serta sesuai dengan pendidikan anda.